PULAU PINANG 29 Julai – Kajian saintifik bersandarkan penjujukan penuh asid deoksribonukleik (DNA) mitokondria menunjukkan orang Melayu merupakan penghuni terawal Kepulauan Melayu iaitu kira-kira 60,000 hingga 75,000 tahun lalu. Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Biokimia Analisis, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Zafarina Zainuddin, kajian juga menunjukkan Orang Asli dari suku Semang di Semenanjung Malaysia berasal daripada kumpulan manusia moden terawal yang bergerak keluar dari benua Afrika. Ujar beliau, kajian…










