KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan meneruskan kajian mengenai vaksin Dengvaxia yang dikatakan mampu mencegah virus denggi sebelum diguna pakai pengamal perubatan. Timbalannya, Dr. Lee Boon Chye berkata, tiga perkara perlu dititikberatkan sebelum vaksin baharu tersebut didaftarkan iaitu aspek keselamatan, keberkesanan dan kos dari segi ekonomi. “Vaksin ini belum didaftarkan lagi dan masih melalui proses kajian. Sama ada kerajaan guna atau tidak, ini bergantung kepada keberkesanan kos sebagai dasar,”…










