Kad mikro SD 32GB percuma untuk pembelian Samsung Galaxy A6, A6+ - Utusan Malaysia

Kad mikro SD 32GB percuma untuk pembelian Samsung Galaxy A6, A6+

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bermula hari ini sehingga 31 Julai depan, orang ramai yang melakukan pembelian telefon pintar Samsung Galaxy A6 atau A6+ akan menerima kad mikro SD bersaiz 32 gigabait (GB) secara percuma.

Menurut kenyataan Samsung Malaysia, tawaran itu membolehkan pengguna untuk memiliki ruang storan yang mencukupi bagi tujuan seperti penyimpanan gambar serta video.

“Adakalanya, ia (menyimpan gambar dan video) terhalang disebabkan oleh ruang storan yang terhad. Bagi memastikan pengguna memiliki anda memiliki storan yang mencukupi, Samsung Malaysia kini menawarkan ruang storan dua kali ganda bagi Samsung Galaxy A6 dan A6+.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain penambahan ruang storan dalam bentuk kad mikro SD 32GB, anda juga boleh menukar (trade-in) telefon lama anda untuk rebat RM100 bagi memiliki Samsung Galaxy A6+ baharu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai program trade-in Galaxy A6+, rujuk laman web www.samsung.com/my/offer/mobile/double-up-your-memory

Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Galaxy A6 dan A6+, layari laman web www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a6plus-sm-a605 dan www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a6-sm-a600.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada [email protected] atau menghubungi talian 03-7954 5336. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN