Kabinet: Pemuda DAP kena hormati keputusan Dr. Mahathir - Utusan Malaysia

Kabinet: Pemuda DAP kena hormati keputusan Dr. Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Julai – Pemuda DAP perlu menghormati dan menerima keputusan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung isu pelantikan menteri Kabinet baharu yang dibuat sebelum ini.

Jenice Lee
Jenice Lee

Bekas wakil rakyat DAP, Jenice Lee Ying Ha yakin, perasaan tidak puas hati yang dibangkitkan oleh beberapa pihak terhadap keputusan itu hanya disebabkan kelayakan serta pengalaman beberapa calon dalam barisan Kabinet baharu.

“Jika dibandingkan dengan beberapa nama dalam barisan Kabinet, Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming dilihat paling layak kerana pengalamannya dalam bidang politik berbanding Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mungkin juga ada nama lain lagi yang sepatutnya dipilih. Walau bagaimanapun, keputusan telah dibuat dan mereka perlu terima apa jua keputusan Dr. Mahathir,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Ketua Pemuda DAP Wong Kah Woh mengkritik Dr. Mahathir kera­na gagal mengikut senarai calon anggota Kabinet se­perti mana dicadangkan oleh kepemimpinan DAP terma­suk pemilihan Kor Ming dan Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN