SAMARA, Rusia – Seorang pengadil bola sepak, Bjorn Kuipers yang didakwa pengadil terkaya di dunia merupakan individu yang mengadili perlawanan antara England menentang Sweden dalam Piala Dunia 2018 di Rusia. Pengadil kelahiran Oldenzaal, Belanda itu tidak goyah dengan pemain bola sepak terkenal dalam perlawanan moden kerana dia sendiri meraih jutaan dolar setiap tahun hasil keuntungan yang diperoleh daripada rangkaian pasar rayanya di Belanda iaitu Jumbo. Pada tahun 2016, Kuipers mencatat nilai kekayaan peribadi berjumlah kira-kira £11.5 juta (RM61.8 juta) dan meraih keuntungan sehingga £3 juta (RM16 juta) setiap tahun. Kuipers…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya