Justin Bieber bertunang - Utusan Malaysia

Justin Bieber bertunang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Julai- Penyanyi Justin Bieber sudah melamar kekasihnya yang juga seorang model, Hailey Baldwin.

Menurut sumber terdekat pasangan ini, Baldwin turut memakai sebentuk cincin yang menguatkan lagi dakwaan yang dia sudah pun bertunang dengan penyanyi sensasi tersebut.

Bieber dan Baldwin saling mengenali sejak dari tahun 2016 sebelum mereka kemudiannya berpisah. Bagaimanapun beberapa minggu lepas pasangan ini kembali mencuri tumpuan apabila dikatakan menghabiskan masa bersama di sebuah pulau terkenal. Malah dikatakan lamaran Bieber juga berlaku ketika percutian tersebut.

Ketika ini keduanya masih mendiamkan diri mengenai kisah pertunangan ini. Menerusi laporan CNN, laman sosial ibu bapa kedua selebiti ini seperti menjelaskan yang kesemua mereka cukup gembira dengan perkembangan baharu hubungan pasangan tersebut.

Malah bapa Bieber turut berkongsi rasa gembira yang dia tidak sabar untuk melihat anaknya itu ke melangkah ke fasa berbeza dalam hidupnya.

Walaupun ada yang melihat hubungan yang kembali terjalin ini terlalu cepat untuk diteruskan ke fasa perkahwinan namun bagi peminat Bieber ini adalah satu kejutan sebenarnya.

Sebelum ini Bieber sering dikaitkan dengan bekas kekasihnya Selena Gomez, Malah peminatnya juga berharap agar Bieber menamatkan zaman bujang dengan Gomez suatu hari nanti.

Bagaimanapun hubungan dua sensasi Hollywood ini sering kali kencundang meskipun sudah beberapa kali kembali bertaut.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN