ROMPIN – Seramai 11 lelaki ditahan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) apabila dipercayai terlibat dalam aktiviti melombong bijih besi tanpa lesen di Hutan Simpan Ibam di sini kelmarin. Kesemua suspek berusia antara 24 hingga 57 tahun itu ditahan dalam Operasi Bersepadu Kawasan Lesen Mencari Gali dan Pajakan Lombong (Ops Ibam 2) yang bermula sejak Selasa lalu. Pengarah JPNP, Datuk Dr. Mohd. Hizamri Mohd. Yasin berkata, turut dirampas empat jentera iaitu jengkaut dan jentolak selain empat kenderaan pacuan empat roda serta 17 kontena. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya