JPJ Kedah yakin ramai mangsa lesen ekspres - Utusan Malaysia

JPJ Kedah yakin ramai mangsa lesen ekspres

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah percaya lebih ramai terpedaya dengan sindiket yang menawarkan lesen memandu segera serta mudah di negeri ini yang menggunakan laman sosial facebook (FB).

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengarah JPJ Kedah, Isma Suhaimi Sharif berkata, sehingga kini sebanyak 10 hingga 15 aduan mengenai sindiket itu telah diterima terutama di daerah Baling, Kuala Muda dan Kulim namun masih ramai yang tertipu dan gagal mengemukakan aduan kepada pihak polis kerana malu.

“Sindiket menawarkan bayaran yang lebih murah dari harga asal dan menarik lagi apabila calon tidak perlu mengikuti kelas memandu dan ujian yang ditetapkan oleh JPJ serta cepat namun tanpa disedari lesen yang mereka dapat itu tiada rekod yang tertera dalam sistem  kita.

“Sebenarnya tiada jalan pintas untuk mendapat lesen memandu yang sah dan rujuklah dulu dengan cawangan JPJ di daerah atau sekolah  memandu jika ada pihak yang datang membuat tawaran yang murah dan meragukan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Sinar Lebaran Aidilfitri JPJ Kedah di sini hari ini.

Semalam sebuah akhbar tempatan melaporkan tular di sebuah laman sosial FB milik pihak tertentu yang menawarkan lesen memandu yang murah dan mengambil masa yang singkat tanpa melalui sukatan pelajaran yang ditetapkan JPJ. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN