Jordan tutup sempadan kepada pelarian Syria - Utusan Malaysia

Jordan tutup sempadan kepada pelarian Syria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMMAN 3 Julai – Jordan akan terus menutup pintu sempadan negara walaupun beribu-ribu pelarian Syria yang melarikan diri daripada kekejaman kerajaan negara itu telah menghampiri sempadan berkenaan. Komander tentera wilayah utara Jordan, Jeneral Khaled al-Massad berkata, pihak berkuasa bimbang kehadiran `penyeludup dalam kalangan pelarian’ tersebut. Menurut beliau, kira-kira 95,000 rakyat Syria telah tiba di sempadan wilayah utara `ekoran operasi terbaharu tentera rejim Syria’. “Sempadan ditutup dan anggota tentera berjaga-jaga dengan kumpulan pelarian ini kerana bimbang dengan kehadiran penyeludup bersenjata yang menyamar sebagai wanita,’’ kata Khaled. – AFP

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN