LONDON – Joachim Low membuat keputusan untuk terus kekal sebagai jurulatih Jerman selepas enam hari pasukannya tersingkir dalam kempen Piala Dunia 2018 FIFA di Rusia. Selepas menandatangani kontrak baharu empat tahun sebulan sebelum kempen di Rusia bermula, Low mengumumkan akan terus bersama juara dunia 2014 itu dengan mendapat sokongan presiden Persekutuan Bola Sepak Jerman, Reinhard Grindel. Mengikut kontrak tersebut, Low akan terus mengendalikan Jerman sehingga Piala Dunia 2022 di Qatar…










