KOTA KINABALU – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah telah membuat keputusan untuk menjenamakan semula institusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Kemajuan Dalam Bandar (JKDB) di negeri ini. Menterinya, Ewon Benedick berkata, draf kertas cadangan penjenamaan semula JKKK dan JKDB Sabah sedang dilakukan yang merangkumi aspek nama institusi, tatacara keahlian jawatankuasa, bilangan keahlian, elaun dan lain-lain hal yang berkaitan. “Kertas cadangan penjenamaan semula itu juga mengambil kira dasar baharu yang telah diumumkan oleh kerajaan persekutuan sebelum ini dan pengumuman rasmi akan dibuat oleh kerajaan negeri selepas segala…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya