Jenazah ADUN Sungai Kandis, Mat Suhaimi selamat dikebumi - Utusan Malaysia

Jenazah ADUN Sungai Kandis, Mat Suhaimi selamat dikebumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Jenazah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Kandis, Mat Shuhaimi Shafiei selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini kira-kira pukul 4.30 petang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jenazah tiba di tanah perkuburan berkenaan pada pukul 4 petang diiringi kira-kira 1,000 orang terdiri daripada anggota keluarga, sahabat handai dan rakan seperjuangan Allahyarham daripada Pakatan Harapan.

Turut hadir Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali,  Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Mat Shuhaimi, 50, meninggal dunia pada kira-kira pukul 11.10 pagi ini di Pusat Perubatan Subang Jaya akibat kanser limfoma.

Terdahulu, jenazah dimandikan dan disolatkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

Isteri kedua Mat Shuhaimi, Rohani Satar, 42, ketika ditemui pemberita berkata suaminya hanya mengetahui penyakit kanser yang dihidapi berada pada tahap empat, kira-kira sebulan lalu. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN