PUTRAJAYA – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan memberi peluang kepada pegawai wanita untuk menjadi ketua sama ada di peringkat balai, negeri dan ibu pejabat selaras dengan penetapan dasar 30 peratus pembabitan wanita sebagai pembuat keputusan. Ketua Pengarahnya, Mohammad Hamdan Wahid berkata, pada masa ini, terdapat enam balai bomba yang mempunyai ketua balai wanita iaitu di Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak. “Di peringkat ibu pejabat JBPM pun sudah ada…










