Jawatankuasa dibentuk selesaikan isu kewarganegaraan - Utusan Malaysia

Jawatankuasa dibentuk selesaikan isu kewarganegaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 2 Julai – Sebuah jawatankuasa yang melibatkan Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia akan dibentuk bagi menyelesaikan isu kewarganegaraan melibatkan pemohon-pemohon daripada golongan minoriti yang telah lama tertangguh.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya mengesan terdapat banyak kes terutamanya individu-individu kaum India serta kaum-kaum lain yang masih tidak memiliki dokumen kewarganegaraan meskipun telah lahir di negara ini.

“Perdana Menteri telah bersetuju untuk saya mempengerusikan jawatankuasa bersama Menteri Sumber Manusia untuk meneliti perkara yang berkaitan dengan isu kewarganegaraan, kad pengenalan merah dan beberapa kes-kes yang tertangguh yang belum dapat diselesaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas diiringi timbalannya yang baharu dilantik, Datuk Aziz Jamman dalam lawatan kerja ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini hari ini.

Menurut Muhyiddin, jumlah permohonan kewarganegaraan setakat ini adalah lebih 200,000 permohonan dan kira-kira separuh daripadanya adalah permohonan yang tertangguh lama berikutan pelbagai isu berbangkit.

“Saya percaya dalam tempoh tidak berapa lama dalam seminggu dua ini kita akan selesaikan dan sebahagian mereka ini kita sampaikan dokumen kewarganegaraan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN