PUTRAJAYA 2 Julai – Sebuah jawatankuasa yang melibatkan Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia akan dibentuk bagi menyelesaikan isu kewarganegaraan melibatkan pemohon-pemohon daripada golongan minoriti yang telah lama tertangguh. Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya mengesan terdapat banyak kes terutamanya individu-individu kaum India serta kaum-kaum lain yang masih tidak memiliki dokumen kewarganegaraan meskipun telah lahir di negara ini. “Perdana Menteri telah bersetuju untuk saya mempengerusikan jawatankuasa…










