KUALA LUMPUR 31 Julai – Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menasihatkan agar ahli-ahli parti untuk tidak memilih pemimpin secara membuta tuli, menjelang pemilihan parti yang akan diadakan bulan depan. Menurut Zuraida, ahli parti harus membuat pilihan berdasarkan pencapaian prestasi dan kemampuan pemimpin menerajui PKR. “Ahli PKR perlu melihat kualiti kepemimpinan calon itu dan membuat keputusan sendiri bukannya mengikut arahan untuk menyokong individu tertentu. “Ahli akar umbi perlu ada semangat 9…