Jangan cemari warisan kita - Utusan Malaysia

Jangan cemari warisan kita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG, BAHASA dan budaya ibarat identiti sebuah bangsa, mencerminkan peradaban dan juga kesenian zaman. Malaysia hari ini sungguh beruntung kerana warna-warni rakyat berbilang bangsa menjadikannya sebuah negara yang unik.

Tambahan pula, kepelbagaian etnik pribumi yang menyimpan kesenian dan sejarah bumi Melayu sejak berkurun lamanya menjadikan Malaysia sebuah negara kaya dengan seni dan budaya.

Namun, arus teknologi terlalu deras menyebabkan batas warisan yang dahulunya menjadi kebanggaan semakin lupus. Malah, terbukanya sempadan antarabangsa dan budaya asing menyebabkan warisan bangsa semakin dilupai.

Tidak mustahil sekiranya pada masa akan datang anak-anak kita hanya dapat melihat warisan negara ini melalui balang kaca seperti menonton fosil di muzium.

Ramai antara rakyat Malaysia yang tidak mengenali budaya mereka sendiri malah ada juga yang tidak tahu bertutur dalam bahasa ibunda apatah lagi bahasa kebangsaan.

Di mana hilangnya kecantikan budaya dan bahasa kita? Adakah kerana tekanan perubahan zaman membuatkan kita terkejar-kejarkan dunia. Tanpa kita sedari budaya asing telah mencemarkan warisan nenek moyang kita.

Kita yang dahulunya terkenal dengan ketinggian budaya dan keindahan seni akhirnya terpukul dengan gelombang Barat yang semakin merosakkan generasi muda masa kini.

Hargailah warisan kita!

NOOR ADILLA CHE ALEK

Negeri Sembilan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN