KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos yang diburu polis lebih sebulan lalu ditahan oleh Polis Negara Republik Indonesia (POLRI) pada pukul 6.15 petang (waktu tempatan) semalam.
Memuatkan artikel berkaitan…
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dihubungi untuk menyelaras urusan membawa pulang Jamal ke negara ini.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pemerintah republik Indonesia khususnya POLRI atas bantuan mereka,” katanya.
Sebuah portal berita Indonesia, Detik.com, melaporkan Jamal ditangkap di Tebet, Jakarta Selatan.
Perkara itu disahkan Setiausaha Biro Pusat Nasional Interpol (NCB), Napoleon Bonaparte ketika dihubungi portal terbabit.











