AMPANG JAYA – Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos yang menghilangkan diri sejak sebulan lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi atas pertuduhan melarikan daripada jagaan pihak polis Mei lalu. Jamal, 48, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali. Mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia didakwa dengan sengaja telah melepaskan diri daripada jagaan…










