Jamal dijangka berhadapan lebih enam pertuduhan - Utusan Malaysia

Jamal dijangka berhadapan lebih enam pertuduhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md. Yunos dijangka bakal berhadapan lebih enam pertuduhan membabitkan pelbagai kesalahan jenayah. 

Menurut peguamnya, Datuk Mohd. Imran Tamrin, Ketua UMNO bahagian Sungai Besar berusia 48 tahun itu sudah bersedia untuk berhadapan dengan semua pertuduhan tersebut. 

Jelas beliau, Jamal kini disiasat di bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kegusaran awam, Seksyen 224 kerana melarikan diri dalam tahanan yang sah termasuk siasatan di bawah Seksyen 34 Akta Senjata Api dan Akta Imigresen serta Akta Pasport. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketika berjumpa dengan Jamal di Indonesia, saya tidak dapat bercakap lama cuma yang saya lihat beliau mungkin telah bersedia dan berserah sepenuhnya kepada undang-undang dan akan berhadapan dengan tindakan,” katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini hari ini. 

Mohd. Imran berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan Jamal bakal berdepan dengan kes berkaitan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

“SPRM sudah memulakan siasatan dan serbuan dirumah Jamal dan ada kertas siasatan di bawah SPRM namun saya tapi tidak pasti kes atau isu apa tapi ya rasanya ada kertas siasatan yang dibuka,” jelas beliau. 

Ketika ketika ditanya bagaimana Jamal melarikan diri ke Indonesia, beliau memberitahu tidak mempunyai sebarang kesempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara itu kerana tempoh untuk bertemu dengan anak guamnya singkat. 

“Saya tidak ada masa bercakap panjang dengan Jamal tentang itu, saya yakin pihak Indonesia sudah membuat siasatan bagaimana cara beliau masuk, di mana tinggal dan apa aktiviti beliau lakukan di Indonesia. saya difahamkan beliau masuk ke sana tidak melalui pintu Imigresen,” jelasnya. 

Pada 23 Mei lalu, Jamal yang juga Pengerusi UMNO Bahagian Sungai Besar telah dituduh melakukan mudarat awam dengan memecahkan sejumlah botol arak dengan menggunakan penukul besi, Oktober tahun lalu.

Pendakwaan yang dilakukan di Hospital Pakar Ampang Puteri kerana Jamal mendapatkan rawatan berikutan dia mengalami sakit belakang.

Dia didakwa telah melakukan perbuatan itu sehingga mendatangkan bencana, bahaya dan kegusaran awam di depan pintu pagar keluar pos (1) Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK), Shah Alam dekat sini kira-kira pukul 10.15 pagi, 5 Oktober tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM400.

Bagaimanapun, Jamal menghilangkan diri selepas dimasukkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri menyebabkan pihak berkuasa telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Jamal mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan iaitu melarikan diri daripada tahanan yang sah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN