SHAH ALAM – Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ampang untuk dituduh di bawah Seksyen 224 Kanun Keseksaan kerana melarikan diri daripada tahanan sah. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, Jamal akan dibawa terus ke mahkamah sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada pukul 2.15 petang ini. “Jamal mempunyai dua waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Ampang pada 25 Mei lalu untuk dua pertuduhan yang dihadapkan terhadap beliau di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya