JAKARTA 31 Julai – Mahkamah Indonesia mengharamkan jaringan kumpulan ekstrimis tempatan yang didakwa bertanggungjawab ke atas beberapa serangan keganasan serta memperluas kuasa pasukan polis untuk mendakwa dan membekukan sebarang pembiayaan ke atas anggota kumpulan tersebut. Menurut pihak berkuasa, Jemaah Ansharut Daulah (JAD) yang didakwa mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Daesh, terlibat dalam serangan maut pada 2016 di Jakarta dan siri pengebom bunuh diri pada bulan Mei di Surabaya. “Dengan ini…










