KOTA BHARU 2 Julai – Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Wanita negeri, Mumtaz Md. Nawi enggan mengulas lanjut berhubung perkahwinan bawah umur yang tular di media sosial, kelmarin.
Menurut Mumtaz, beliau ingin mendapatkan penjelasan lanjut daripada keluarga mangsa sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.
“Tak boleh ulas sebab nak pergi jumpa keluarga di Gua Musang dulu, lepas itu baru boleh ulas, nanti saya ulas.
“Saya belum mengetahui kisah sebenar daripada keluarga sendiri,” ujarnya di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mumtaz menjelaskan sekiranya seseorang individu ingin bernikah di Thailand hanya perlu mengikut prosedur di negara berkenaan.
“Kalau nak nikah di Thailand kena minta izin sana lah, bukan kerajaan sini, dari segi hukum syarak sah,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE











