KUALA LUMPUR 1 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kaitannya dengan dakwaan penyalahgunaan dana sebuah yayasan untuk kepentingan peribadi. Ahmad Zahid berkata, dakwaan tersebut sebenarnya mengenai sebuah yayasan milik keluarganya yang ditubuhkan bagi menjalankan kerja-kerja amal. Ahmad Zahid bagaimanapun berkata, beliau akan kemukakan keterangan yang diperlukan oleh SPRM secara telus di ibu pejabat agensi itu esok. “Saya telah diminta untuk menjelaskan beberapa isu antaranya berhubung mengenai sebuah yayasan dimiliki oleh keluarga saya sendiri…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya