Kuala Lumpur – Vokalis legenda Amy Search melahirkan rasa sedih selepas bayi di dalam kandungan isterinya, Norish Hassan di sahkan telah meninggal dunia. Amy memberitahu, mereka kehilangan bayi yang berusia 11 minggu itu pada Khamis lalu selepas doktor tidak dapat mengesan degupan jantung janin tersebut. Norish kemudian menjalani proses membersihkan rahim atau dikenali sebagai D&C (dilation and curettage) semalam. “Saya teramat sedih. Begitu juga dengan anak-anak. Bagaimanapun kami reda. Doakan kami dan Norish dapat menjalani pantang dengan baik,” ujar Amy sewaktu dihubungi Kosmo!. Terdahulu, pada 24 Mei lalu, Amy mendedahkan beliau…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya