Israel serang pangkalan udara Syria - Utusan Malaysia

Israel serang pangkalan udara Syria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAMSYIK 9 Julai – Syria semalam mendakwa Israel menyerang sebuah pangkalan udara negara ini di wilayah tengah Homs dengan sebuah daripada jet terlibat berjaya ditembak sebagai tindak balas kepada serangan itu.

Agensi berita SANA yang memetik seorang sumber tentera sebagai berkata, sistem pertahanan udara Syria bertindak balas terhadap pencerobohan Israel dan berjaya memintas beberapa peluru berpandu yang menyasarkan lapangan terbang dan menembak satu daripada jet pejuang sekali gus memaksa baki pesawat meninggalkan ruang udara negara ini.

Ketua badan pemantau hak asasi Syria, Rami Abdel Rahman berkata, serangan peluru berpandu itu membunuh sejumlah tentera Iran dan kerajaan dalam kejadian di pangkalan udara T-4 yang dipercayai didalangi Israel. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN