KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan didesak supaya tidak menutup sekolah tahfiz, sebaliknya memperkasakan institusi berkenaan yang dilihat mampu menangani masalah keruntuhan moral dalam kalangan generasi muda. Ketua Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa, Roshan Zaki Othman berkata, pengisian dan pendedahan tentang kepentingan agama adalah amat penting dan perlu dipandang serius bagi mengimbangi kekuatan rohani serta akidah generasi mendatang. “Berdasarkan kenyataan itu, Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa hari ini mendesak Kerajaan Pakatan Harapan untuk tidak menutup sekolah tahfiz tetapi menjadikannya sebagai platform untuk melahirkan lebih ramai lagi pendakwah atau pelajar yang mempunyai latar belakang ilmu al-Quran.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya