KUALA LUMPUR 24 Julai – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, institusi Parlimen perlu dihormati dengan kehadiran penuh wakil-wakil rakyat bagi memperlihatkan kesepaduan. Menurut beliau, sama ada berada di pihak kerajaan atau pembangkang, prestasi kehadiran dan sesi perbahasan di Parlimen harus diberi keutamaan. “Saya tidak memihak kepada sesiapa malah saya dan rakan-rakan lain pernah berada dalam pembangkang. Biar sesibuk mana pun sesi ini perlu dihormati. Seorang ketua…










