‘Ini mahkamah, bukan karaoke’ - Utusan Malaysia

‘Ini mahkamah, bukan karaoke’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis terpaksa melarang sekumpulan penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak yang bersorak dan menyanyi di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini semalam ketika pendakwaan dilakukan ke atas bekas Perdana Menteri itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Mohamed Rafiq Mohamed Mustafa meminta penyokong Najib yang diketuai Ahli Majlis Ter­tinggi UMNO, Tun Faisal Ismail Aziz menghormati kawasan mahkamah.

“Boleh bercakap, bukan ber­nyanyi. Ini bukannya karaoke, ini mahkamah,” kata Rafiq.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketika Najib tiba di pekara­ngan mahkamah, ratusan penyokong bersorak ‘bebaskan Najib’ dan menyanyi ‘Allah selamatkan Najib, Allah selamatkan kamu’ sebagai tanda solida­riti kepada Ahli Parlimen Pekan itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN