JAKARTA 21 Julai – Seorang lelaki warga Perancis yang ditahan selama 18 tahun di negara ini atas kesalahan menyeludup dadah ke Bali dihantar pulang ke negara asalnya hari ini. Polis Indonesia menahan Michael Blanc sehari selepas Krismas pada 1999 di lapangan terbang Bali dengan dadah seberat 3.8 kilogram yang disembunyikan dalam bekas menyelam skuba. Blanc yang kini berusia 45 tahun pada mulanya dihukum penjara seumur hidup namun tempoh hukuman dipendekkan…










