TULAR kisah lelaki yang berusia 41 tahun menikahi kanak-kanak berusia 11 tahun apabila isteri keduanya memuat naik perkongsian serta foto perkahwinan suaminya di laman sosial Facebook. Isteri ketiganya itu merupakan kenalan kepada anaknya dari hasil perkahwinan bersama isteri pertama. Lelaki yang bekerja sebagai peraih getah sekerap di Gua Musang itu telahpun mempunyai enam orang anak hasil perkongsian hidup bersama isteri pertama dan kedua. Perkahwinan ketiga tersebut berlangsung di Golok, Thailand…










