MARANG 8 Julai – Pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) melibatkan sekolah persendirian Cina mesti dilakukan melalui pendekatan holistik supaya ia tidak menjejaskan perpaduan kaum dan menggadaikan usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, sehubungan itu beliau bercadang untuk bertemu dengan semua pihak termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan para pejuang bahasa di negara ini bagi membincangkan isu yang semakin mendapat tentangan meluas. Menurut beliau, UEC merupakan sebahagian daripada janji Pakatan Harapan (PH) dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dan apa yang perlu dilakukan ialah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya