AMPANG JAYA – Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos dibawa ke Penjara Sungai Buloh setelah Mahkamah Majistret Ampang tidak membenarkan beliau diikat jamin. Jamal dituduh di bawah Seksyen 224 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Terdahulu, Jamal mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan melarikan diri daripada tahanan pihak polis di Hospital Pakar Ampang Puteri pada 25 Mei lalu. Mahkamah kemudiannya menetapkan…










