SEJAK menceburkan diri dalam bidang seni, Hunny Madu cukup dikenali sebagai penyanyi serba boleh. Berikan sahaja apa jenis lagu, bekas penyampai radio itu boleh membawakannya dengan baik. Namun, dalam semua genre muzik yang pernah dibawa, pemilik nama sebenar Hani Farhana Mohd. Hatim itu dilihat ampuh mengukuhkan jenamanya sebagai penyanyi menerusi irama hip-hop. Biarpun sentiasa berpegang pada paksi seninya, Hunny tidak terkecuali daripada menerima kritikan apabila ada sesetengah pendengar yang kurang…