Hubungan rapat Jho Low, 1MDB - Utusan Malaysia

Hubungan rapat Jho Low, 1MDB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho atau Jho Low mempunyai hubungan yang rapat dengan syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) sejak 2009 lagi.

Pensyarah Pusat Penyelidikan Politik dan Keselamatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Abdul Muein Abadi berkata, hubungan Jho Low dengan 1MDB bermula ketika beliau dilantik sebagai penasihat syarikat Terengganu Investment Authority (TIA).

Beliau berkata, TIA merupakan syarikat pelaburan strategik milik kerajaan negeri Terengganu sebelum ia dinamakan sebagai 1MDB di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak ke­tika menjadi Perdana Menteri pada tahun 2009.

“Bukan kebetulan Jho Low memainkan peranan penting dalam penubuhan syarikat asal 1MDB pada 2009 iaitu TIA.

“Meskipun Jho Low tidak lagi memegang posisi rasmi dalam 1MDB, beliau dipercayai memainkan peranan besar di balik tabir. Bermodalkan RM1 juta dan jaminan kerajaan, 1MDB telah ‘berjaya’ menghimpunkan banyak aset dan hutang dalam masa yang sama.

“Kebanyakan pero­lehan aset ini boleh dikenal pasti sebagai berhubung kait dengan Jho Low di mana bukti jelas menunjukkan hubungan rapat beliau dengan Najib dan juga usahawan Arab,” katanya melalui kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook baru-baru ini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN