KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia dan China komited untuk terus mengukuhkan hubungan kedua-dua negara walaupun berlaku perubahan dalam kepimpinan kerajaan Malaysia.
Menurut kenyataan pejabat Timbalan Perdana Menteri hari ini, kedua-dua kerajaan Malaysia dan China juga bersetuju supaya isu-isu kecil tidak seharusnya menjejaskan hubungan kedua-dua negara yang telah terjalin sejak ratusan tahun.
Menurut kenyataan itu, perkara ini merupakan antara yang ditekankan dalam kunjungan hormat Duta Besa China ke Malaysia, Bai Tian ke atas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di bangunan Parlimen di sini Khamis lepas.
Dr. Wan Azizah berkata, hubungan antara kedua-dua negara telah berkembang dan menjadi semakin kukuh.
“Kini kita mempunyai urusan yang lebih kukuh antara satu sama lain dalam pelbagai bidang termasuk wanita, Kita mahu lebih banyak pemberdayaan dan kemajuan untuk wanita,” katanya. – Bernama










