Hospital Selayang jejak waris pesakit - Utusan Malaysia

Hospital Selayang jejak waris pesakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Julai – Hospital Selayang meminta bantuan orang ramai untuk mengesan waris seorang pesakit lelaki warga emas yang dimasukkan ke hospital itu pada 28 Jun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengarahnya, Dr. Sakinah Alwi dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, pesakit berkenaan yang berketurunan Melayu dan berusia dalam lingkungan 60-an dihantar ke hospital tersebut kira-kira 12.10 pagi pada tarikh berkenaan.

“Tiada maklumat lain dapat diperoleh daripada pesakit memandangkan dia tidak dapat mengingati sebarang nama atau nombor telefon keluarga kerana mengalami masalah daya ingatan,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ketua Jururawat Hospital Selayang di talian 03-61263333 sambungan 3191. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN