Hospital kanak-kanak, wanita di Melaka - Utusan Malaysia

Hospital kanak-kanak, wanita di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 4 Julai – Kerajaan negeri akan memberi tumpuan kepada projek pembinaan sebuah hospital baharu di negeri ini khusus bagi wanita dan kanak-kanak dalam usaha untuk me­ngurangkan kesesakan pesakit di Hospital Melaka.

Pengerusi Jawatankuasa Ke­sihatan dan Anti Dadah ne­ge­ri, Low Chee Leong berkata, projek tersebut merupakan ke-sinambungan daripada cada­ngan kerajaan sebelum ini untuk mendapatkan sebuah hospital baharu namun fungsinya dihadkan kepada Hospital Wanita dan Kanak-kanak sahaja.

Menurutnya, rancangan pem­­binaan projek itu sudah di­usul­kan kerajaan sebelum ini dalam Ra­ncangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) namun masih belum di­luluskan dan kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan meneruskan usaha bagi memastikan ia dapat dilaksanakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sehubungan itu, saya akan bertemu dengan Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad pa­da Jumaat ini untuk membin­cangkan mengenai perkara ter­sebut termasuk beberapa lagi pro­jek berkaitan yang telah dan belum diluluskan di negeri ini.

“Sekiranya diluluskan, kerajaan negeri turut berharap agar pro­jek yang dicadangkan di Bandar Hang Tuah Jaya itu dapat disegerakan sekali gus membantu mengurangkan kesesakan di Hospital Melaka,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke Hospital Melaka, di sini.

Yang turut hadir, Pengarah Ke­sihatan negeri, Datuk Dr. Ghazali Othman dan Pengarah Hospital Melaka, Dr. Hatijah Mohd. Tan.

Chee Leong berkata, projek pembinaan hospital baharu yang akan memberi tumpuan ke­pada wanita dan kanak-kanak itu dianggarkan menelan kos sebanyak RM750 juta di atas tapak cadangan seluas kira-kira 25 hektar.

“Hospital baharu ini akan memberi keselesaan kepada pesakit dengan kemudahan 450 buah katil selain peralatan perubatan yang baharu serta serba canggih.

“Selain pembinaan hospital, sebuah Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) turut akan dibina di kawasan sama dan ia telah diluluskan da­lam RMK-11 lalu,” ujar beliau.

Sementara itu Ghazali memberitahu, pembinaan hospital wanita dan kanak-kanak itu adalah lebih baik berbanding membina hospital baharu bagi menggantikan Hospital Melaka yang sudah lama.

“Ini adalah alternatif terbaik dan lebih realistik malah mam­­pu memenuhi keperluan sema­sa terutamanya dalam sektor perkhidmatan kesihatan di nege­ri ini,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN