KUALA NERUS 2 Julai -Persatuan bekas pelajar atau alumni bukan sekadar menjadi jambatan penghubung yang kembali merantaikan kenangan bersama sewaktu dalam alam remaja dan persekolahan serta mengingatkan dari mana mereka bermula hingga mencorak kehidupan masa kini. Selain menyambung dan mengukuhkan silaturrahim, ia menjadi ruang kepada mereka untuk turut menyumbang bakti kepada pembangunan sekolah dan juga sebagai katalis yang membantu merangsang ke arah peningkatan kecemerlangan akademik, juga sahsiah pelajar dengan pengalaman…










