KUALA LUMPUR 21 Julai – Peserta himpunan aman bantah UEC yang berhimpun di hadapan Masjid Negara mula bergerak secara berasingan ke dataran pusat beli-belah Sogo selepas gagal mendapat kebenaran polis untuk berarak. Kira-kira pukul 2.30 petang, lebih 100 peserta himpunan yang rata-ratanya adalah pelajar universiti mula berhimpun di masjid itu. Kesemua mereka mula merancang untuk berarak ke Sogo namun dihalang pihak polis. Kumpulan himpunan itu akhirnya membuat keputusan bergerak ke…










