KUANTAN 21 Julai – Jabatan Pendidikan negeri mengarahkan Sekolah Kebangsaan (SK) Damak di Jerantut dekat sini ditutup lima hari bermula Isnin ini ekoran penularan wabak penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). Sehingga hari ini, seramai 53 orang daripada 368 murid prasekolah hingga tahun enam di sekolah berkenaan dijangkiti penyakit tersebut. Pengarah Pendidikan negeri, Dr. Tajuddin Mohd. Yunus berkata, penutupan sekolah itu atas nasihat Jabatan Kesihatan negeri bagi mengelakkan penularan jangkitan…










