KUALA LUMPUR – Komplikasi kronik yang wujud akibat penyakit kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) berisiko mengundang maut, kata Pakar Perubatan Kesihatan Awam Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan, Dr. Norita Shamsudin. Katanya, meskipun HFMD ini merupakan penyakit jangkitan ringan, namun risikonya tinggi sekiranya tidak dirawat lebih awal. “Jangkitan virus khususnya Enterovirus 71 (EV71), kemungkinan akan ada komplikasi seperti dehidrasi, radang otak, kegagalan jantung dan paru-paru dan akhirnya menyebabkan kematian.…










