LETUPAN kilang mercun dan bunga api Bright Sparkle Firework di Sungai Buloh pada 7 Mei 1991 menjadi titik tolak kesedaran tentang pentingnya penekanan terhadap keselamatan industri dalam usaha negara mencapai status negara perindustrian. Bencana itu sukar untuk ditangani kerana pada ketika itu negara kita tidak mempunyai anggota bomba yang pakar dalam pengendalian bahan kimia berbahaya sehinggakan sebanyak 26 orang disahkan maut, manakala ratusan lagi mengalami kecederaan. Ekoran itu, Jabatan Bomba…










