LONDON 18 Julai – Eden Hazard dilaporkan telah mencapai persetujuan secara lisan dengan Real Madrid, kata media di Perancis. Menurut RMC Sport, Real Madrid berminat untuk mendapatkan khidmat Hazard pada musim panas ini. Laporan itu mendakwa Hazard sudah mencapai persetujuan secara lisan dengan pihak pengurusan kelab gergasi Sepanyol itu tetapi Real belum mencapai kata putus dengan Chelsea berhubung harga untuk mendapatkan khidmat Hazard. Selepas membantu Belgium menamatkan persaingan di tempat…










