JOHOR BAHRU 24 Julai – Sistem Touch n Go Atas Talian daripada empat penuntut Politeknik Metro Johor Bahru (PMJB) di sini merupakan antara produk inovasi menarik yang dihasilkan. Dalam pertandingan Inovasi dan Kreativiti@PMJB Peringkat Kebangsaan 2018 (PNiCC’18) di sini Ahad lalu, produk itu bertujuan menjimatkan masa dan memudahkan perancangan perjalanan. Menurut Khairi Haikal Ahmad Puad, produk yang dihasilkan bersama-sama Amira Izzati Ismail, Siti Nur Zaharah Azan dan Nurul Syakina Zainudin…









