PETALING JAYA – Malaysia Airlines Bhd. (MAS) menjangkakan kadar tambang udara tidak akan terjejas akibat pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sekiranya ia terus dikecualikan daripada rejim cukai itu seperti sebelum ini. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Izham Ismail berkata, tiket penerbangan sememangnya dikecualikan daripada SST sebelum Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan pada 1 April 2015. “Bagaimanapun, setakat ini kita masih lagi menunggu panduan Jabatan Kastam Diraja Malaysia sebelum mengambil tindakan…










