TELUK INTAN 8 Julai – Durian di sekitar bandar ini dijual pada harga rendah akibat lambakan bekalan yang berlaku berikutan musim raja buah itu di beberapa negeri. Tinjauan Utusan Malaysia semalam mendapati berlaku lambakan durian yang dijual di tepi jalan sekitar bandar ini serta Chenderong Balai dan Sungai Manik. Seorang penjual durian, Nawawi Yop Musa, 49, berkata, harga durian agak murah ekoran musim buah-buahan di beberapa negeri termasuk Perak. Dia memberitahu, keadaan itu difahamkan menjadi punca berlaku lambakan durian di seluruh negeri. “Harga durian kampung dijual antara RM8 hingga RM15…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya