SYAKIRA menyeka air matanya. Hatinya seperti dicucuk dengan duri. Luka yang dalam mana mungkin pulih seperti biasa. Jika pulih pun sudah tentu parut masih ada. Dia masih lagi tidak percaya dengan apa yang berlaku. Persahabatan yang dibina selama 15 tahun hancur begitu saja. Dia rasa dia yang bersalah. Masih diingati lagi peristiwa tersebut di masjid. Sejelas-jelasnya oleh Syakira. Mereka bertentangan mata, tanpa mengeluarkan sepatah ayat pun. Dayah memalingkan wajahnya tanpa…










