SULTAN KUDARAT, Filipina – Berpuluh-puluh ribu anggota dan penyokong kumpulan pemberontak Islam terbesar di Filipina berkumpul semalam untuk membincangkan undang-undang bersejarah yang memberikan autonomi kepada mereka. Presiden Rodrigo Duterte menanda tangani undang-undang itu minggu lalu yang dianggap langkah penting untuk menamatkan pemberontakan penduduk Islam di selatan Filipina. Pemberontakan di Pulau Mindanao itu meragut kira-kira 150,000 nyawa sejak tahun 1970-an. Anggota kumpulan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), penyokong dan penduduk tempatan…










