KUALA LUMPUR – Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum mengetuai kira-kira 200 kakitangan termasuk hakim-hakim melakukan gotong-royong membersihkan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Tuanku Abdul Halim di sini ekoran pekerja pembersihan mogok selepas mendakwa mereka tidak dibayar gaji sejak Hari Raya Aidilfitri lalu. Pegawai Unit Komunikasi Korporat Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, Suzarika Sahak berkata, kerja gotong-royong yang bermula pada pukul 10 pagi sehingga pukul 3 petang…










